Sunday, 27 April 2014

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, hamba terima umpat keji manusiawi dengan rendah hati. Hamba terima segala fitnah dengan rasa maafi, bahawa sifat insani mudah lemah oleh pujukan nafsu nafsi. Kuncikanlah mulut hamba, kuncikanlah nurani hamba daripada melihat kekejian dengan amarah api. Senyumkanlah hati hamba yang pilu ini. Dan raikanlah diri hamba, bahawa semua ini adalah kerana ujian kasih sayangMu, ya Rabb untuk sesuatu hikmah yang paling  didambai...  Amin, amin ya rabbal alamin...

28 April 2014

portal al-azim

http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/index.php

Wednesday, 23 April 2014

Pesan

Teman, belajarlah dari lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya) Justeru, berilah yang terbaik buat ummah. Nama hanyalah secebis kata, tidak melebihi amal baik yang menemani kita... - ros