Wednesday 28 December 2011

catatan()

lukisan si naga putih
menggeliat tubuhmu
di kanvas jernih
picasso pun memencilkan diri
ke lubang sunyi
setelah melihat van gogh bunuh diri
kerana iri..

Monday 26 December 2011

catatan()

 
biar apapun, kaudiamlah di kamar itu
tanpa hadir
tanpa mungkir

catatan ()

kau sahabat
dari akar yang berselirat
memucuk ke sulur daun
hijau warna luhur
kauhimpun catatan rimbun
ini piala kugilap
dari sukma yang mengharap -
penuhkanlah
penuhkanlah

Tuesday 20 December 2011

catatan ()

akan adalah nanti
nyalaan mentari di yaumul mahsyar
sejengkal dari dosa
manusia pun ketawa
sehabis suara
menggelepar
oleh sengsara....

Thursday 8 December 2011

hikayat gunung makrifat

untuk apa kauhimpunkan airmata
setempayan pun tidak cukup menghubungkan cinta
masin yang memedihkan
pedih yang melukakan 
luka yang mengaibkan
ini puteri pertama yang kaupuja
bersemayam di gunung ledang
bertafakkur dalam biara

dalam kiam 
dalam diam

(tahukah tun mamat
gunung tidak lagi menyimpan rahsia
semenjak teja kehilangan sirih pelupa...?)


09022011