PANTUN PUISI
bukan tak sudi tangan kuhulur
puas kucatat tak siapa peduli
asal niat - niat di kubur
kubur ditabur kemboja wangi
hinggap sesibur di hijau sulur
tertinggal sayap di sanggul puteri
jatuh menimpa di bunga melur
layu tersungkur di catatan puisi
putih warna si bunga melur
hiasan sanggul mustika sari
biarlah sinar mengikut jalur
biarlah takdir menentu hari
terdengar dengut burung tekukur
meneguk embun di batil pelangi
tangan menadah qalbu bersyukur
kalam berpaut silaturahmi
25 APRIL 2012
Thursday, 26 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
Endorsement buat Maslina Mahbu dan Lina Sarkawi
"Bahawa Hawa
itu adalah bunga zaman yang dihadirkan dari tulang rusuk Adam sebagai
isteri, pelengkap kepada jasmani dan ruhani dalam membina eksistensi
hidup berpasangan menurut syariat Allah SWT.
Benar, wanita itu
seperti bunga yang cantik. 'Cantik' dalam ertikata memiliki sifat-sifat
kehalusan, kelembutan dan keindahan. Ia memerlukan belaian dan
perhatian. Tanpanya, ia akan layu atau rosak binasa jika jatuh ke tangan
yang tidak pandai menghargainya.
Antologi puisi ini cuba
mengungkap persoalan eksistensi wanita dalam segala aspek kehidupannya,
yang perlu diselami jauh ke dalam rahsia nuraninya; bagaimana sebenarnya
keberadaan wanita itu di dalam 'rahim'Nya. - Rosmiaty Shaari
Endorsement buat Dimaz IndiaNa SEnja
Dimaz IndiaNa SEnja BERMAIN DENGAN CAHAYA
Apa yang ingin kuperkatakan tentang penyair muda ini (Dimas Indianto S) ialah kelincahan jari-jemarinya yang mengaduk-aduk dan menimang-nimang cahaya. Sesekali dimandikannya cahaya itu dengan titisan hujan dan diselimuti dengan kelembutan angin. Seolah-olah cahaya adalah pancaran keperibadian jemari yang menimang-nimangnya. Barangkali kerana beliau mahasiswa Jurusan Tarbiah di STAIN Purwokerto, Jawa Tengah, Indonesia yang dididik dengan disiplin ilmu ukhrawi, hampir kesemua puisinya sudah memutik nafas kerohanian yang diharap bisa berkembang sebagai falsafah cinta yang lebih universal, yang menjurus kepada cinta ketuhanan. Meski masih nampak sederhana dalam pengucapannya, saya yakin benar penyair muda ini boleh melangkah jauh ke hadapan melewati batas masa para penyair kontemporari masakini. -
Rosmiaty Shaari

Monday, 23 April 2012
catatan ()
andai dapat kusemadikan warnamu ke liang bumi
mahu kusemaikan kemboja wangi
namun warnamu tetap juga terapung di langit batini
terawang-awang di setiap sudut yang memberi
meskipun kakiku letih berlari
kau tetap tak letih memayungi.
mahu kusemaikan kemboja wangi
namun warnamu tetap juga terapung di langit batini
terawang-awang di setiap sudut yang memberi
meskipun kakiku letih berlari
kau tetap tak letih memayungi.
Friday, 20 April 2012
catatan ()
tiba-tiba kembang teja, sesibur hijau, lengkung pelangi, mawar susila,
taman belukar, lipatan sireh, keris berlok tujuh, jalur sinar, titisan
embun, guguran kuning, pucuk gelombang, nyanyi angin, burung pungguk,
bulan putih, bunga padma, sayap sintar - semuanya berteduh, menjadi voilet di airmata,
berpusar pada satu titik yang kehilangan dasar, sebelum kembali menjadi
akar untuk tumbuh lagi sulur yang baru. semoga berbunga restu...
17/04/2012
Tuesday, 10 April 2012
catatan ()
katanya, perempuan sangat mudah termakan umpan oleh lembut suara
penyayang. suara lembut penyayang yang menyangkut umpan di hujung benang
temberang itu, bukankah termakan umpan oleh joran bikinan nafsu yang
terancang? perempuan tersangkut di mata umpan, suara lembut berjiwa
penyayang tersangkut di mata nafsu - sedarlah, kamu seharusnya saling
membantu, memadamkan api yang membakar rumah-rumah qalbu...
Sunday, 8 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)