Dimaz IndiaNa SEnja BERMAIN DENGAN CAHAYA
Apa yang ingin kuperkatakan tentang penyair muda ini (Dimas Indianto S)
ialah kelincahan jari-jemarinya yang mengaduk-aduk dan menimang-nimang
cahaya. Sesekali dimandikannya cahaya itu dengan titisan hujan dan
diselimuti dengan kelembutan angin. Seolah-olah cahaya adalah pancaran
keperibadian jemari yang menimang-nimangnya. Barangkali kerana beliau
mahasiswa
Jurusan Tarbiah di STAIN Purwokerto, Jawa Tengah, Indonesia yang
dididik dengan disiplin ilmu ukhrawi, hampir kesemua puisinya sudah
memutik nafas kerohanian yang diharap bisa berkembang sebagai falsafah
cinta yang lebih universal, yang menjurus kepada cinta ketuhanan. Meski
masih nampak sederhana dalam pengucapannya, saya yakin benar penyair
muda ini boleh melangkah jauh ke hadapan melewati batas masa para
penyair kontemporari masakini. -
Rosmiaty Shaari
No comments:
Post a Comment