Monday 18 January 2016

MELIHAT PUISI-PUISI KEROHANIAN ROSMIATY SHAARI

Djazlam Zainal
Agak prolifik saya melihat Rosmiaty Shaari dalam menghasilkan puisi. Selepas Dari Hitam Putih Menjadi Zarah ( 2011 ) Kembali Kepada Fitrah ( 2014 ) kini kumpulan ketiganya Daun Nan Bercinta ( Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2016 ) telah berada di pasaran. Melihat kepada keupayaan penyair ini menerbitkan kumpulan puisi ternyata puisi merupakan wahana yang sentiasa akrap di hatinya. Pengucapan Rosmiaty dalam Daun Nan Bercinta adalah pengucapan yang selari iaitu pengucapan secara eksrinsik atau intrinsik dengan mengenengahkan fonologi ketuhanan iaitu Allah, Rabb, Mu, Nya - walau pun morfologinya berbagai mengikut subjek fonologi itu digunakan. Begitu juga bagi menyerlahkan kata-kata dalam bahasa arab bagi mengukuhkan keabsahannya seperti qalbu, sajdah, mihrab, taqwa, makrifah, haqiqi, iqra dan sebagainya untuk memperlihatkan kelibat kearabannya, semua kata arab yang telah diserapkan ke bahasa Melayu, huruf 'k' diubah menjadi huruf 'q' seperti takwa menjadi taqwa, hakiki menjadi haqiqi, kalbu menjadi qalbu dan sebagainya lagi. Bentuk fonologi ini melambangkan unsur kerohanian (Islam) yang menyerlah walaupun morfologi ini tidak digunakan dalam penulisan prosaik yang lain. Jika dibandingkan dengan kumpulan Kembali Kepada Fitrah, pengucapan sejahteraannya dapat dirasai. Daun Nan Bercinta lebih pasrah kepada penerobosan akliah dan muhasabah diri. Tidak mengajar tetapi memberi petunjuk dan pesan. Puisi-puisi religi (ketuhanan) adalah pengucapan kudus antara makhluk dengan Tuhannya. Ia berjalan seiring dengan rasa kehambaan kepada khaliqnya sebagai tempat mengadu. Penyair menyandarkan fenomina jiwanya yang berkisar pada keadaan yang tidak dapat terlepas daripada sebarang bicara akan dan kebijakan manusiawi dalam ketinggian menempatkan kuasa Ilahi yang paling suci di sisi manusia. Kepasrahan ini terlihat dalam puisi Catatan Penghulu Hari ( hal. 1 )setiap kali menguak pintu hariadalah kebajikan yang kita impinamun setiap kali kita menutup harijejak yang ditinggalsering menangisisetelah kaki yang melangkah pergisarat lumpur daki duniawiya... rabbbersihkanlah hati kamiagar kami sentiasa dapatmembersihkan lumpur di kaki kamiaamiiin...

Menurut Prof. Arbak Othman, orientasi pengalaman dalam seni karya, seperti puisi, lazimnya dikaitkan dengan sifat dan pekerjaan minda manusia termasuk legasi pencerahan. Idealisme pencarahan ini lebih ketara orientasinya dalam puisi-puisi ketuhanan atau keyakinan agama, seperti keyakinan terhadap kewujudan kuasa Ilahi yang paling unggul (2016:xi)Karya kesusasteraan dapat dianggap sebagai suatu laluan bahasa yang istimewa dengan ayat-ayat rapi dapat difahami secara konvensional, meski pun implisit ( Levin, 1976) Mesej berfungsi sebagai pusat karya yang ditingkatkan kualiti kesedaran pembaca yang oleh penyairnya. Begitu makna dalam puisi 'Pesan' (hal.14)kata bondamu,"tiada yang memahami bahasa sakityang terpendam..."aku tahu makna paling dalam -resah ke dasar paling diamia menghiris perlahan tanpa ada darahmeninggalkan tajam sembilu
(iman dan taqwalah yang memujuk qalbu memimpin menuju ke pintu seribu pintu menanti kamu...)

Pengalaman mempunyai justifikasinya sendiri. Puisi Pesan di atas bertetes daripada pengalaman yang bersifat peribadi tetapi dipunyai oleh feminin. Menghasilkan perbezaan yang terdapat dalam estetisme antara pengalaman estatik imbasan deria rasa dan dunia objektif sains (Richards, 1926 )Puisi adalah komunikasi penyair dengan pembacanya. Puisi juga merupakan kekacauan berterusan psikologi yang dipunyai oleh penyair. Kekacauan ini dapat dilihat dalam puisi 'Mabuk' ( hal. 60)dia mabuk lautan anggurcinta telah bertukar serupa bintangberkerlip di langit menjadi lazuardi di nuranipintu pun terbuka seluas alammalam melebarkan sayapmendah cinta yang pulangdunianya telah hilangDemikian kita melihat beberapa pencapaian kerohanian dalam kumpulan puisinya Daun Nan Bercinta. Ada sesuatu yang amat akrab dalam dirinya yang kini terlontar dalam kata-kata...

No comments:

Post a Comment