Tuesday 24 April 2012

Endorsement buat Maslina Mahbu dan Lina Sarkawi

"Bahawa Hawa itu adalah bunga zaman yang dihadirkan dari tulang rusuk Adam sebagai isteri, pelengkap kepada jasmani dan ruhani dalam membina eksistensi hidup berpasangan menurut syariat Allah SWT.

Benar, wanita itu seperti bunga yang cantik. 'Cantik' dalam ertikata memiliki sifat-sifat kehalusan, kelembutan dan keindahan. Ia memerlukan belaian dan perhatian. Tanpanya, ia akan layu atau rosak binasa jika jatuh ke tangan yang tidak pandai menghargainya.


Antologi puisi ini cuba mengungkap persoalan eksistensi wanita dalam segala aspek kehidupannya, yang perlu diselami jauh ke dalam rahsia nuraninya; bagaimana sebenarnya keberadaan wanita itu di dalam 'rahim'Nya. - Rosmiaty Shaari

No comments:

Post a Comment