Rasa pelik. Apa yang dia mahu? Adakah dia menyamar untuk menyelidiki peribadi hamba atau memang itu dia yang sebenar? Begitulah dia, satu di antara jutaan umat manusia.
Sudah lama si gadis (?) ini 'add' hamba di fb. Entah mengapa tadi malam, hamba menerima penemanannya setelah melihat serba lalu profil dia. Dia berasal dari negeri kelahiran hamba dan menetap tidak jauh dari kampung hamba. Beberapa orang rakannya adalah rakan-rakan hamba jua. 'Formerly worked at Health Ministry'. Misilah katakan. Tapi kenapa 'formerly' bagaimana sekarang? Lalu hamba 'approve' lamarannya.
Menjelang tengah malam, lebih kurang beberapa jam kemudian setelah menjadi rakan, dia menyapa setelah mungkin melihat hamba 'online'. Inilah padahnya kalau guna 'messenger', semua orang nampak kalau kita 'online'. Sbb tu hamba lebih gemar guna pc, tutup 'line chat', selamat!
Dia beri salam dengan cara tulisan yang hamba tidak begitu berkenan. Tapi kerana menghormati rakan baru, hamba ikutkan saja. Baru beberapa baris menyapa, tiba-tiba dia mahukan hamba menjadi kakak angkatnya. Ishh... apa kena orang ini, desis hamba. Baru je nak kenal dah mula buat fikiran hamba kacau semacam. Balas hamba, cukuplah kita menjadi sahabat kerana sahabat yang baik akan sampai ke akhirat juga. Dengan syarat berniat ikhlas. Dia tidak respon penjelasan hamba, sebaliknya minta nombor telefon hamba. Eh...ehhh... menjadi pulak dia. Hamboiiii... ingat senang-senang nak nombor telafon hamba? Maaf la, dik. Nombor telefon kak ni berat sangat nak di angkat.... hehehe, hamba menyakat dia.
Dia beralih ke soalan lain. Menyebut nama seseorang drpd sahabat fb hamba, Dia bertanya adakah hamba kenal rapat dengan si gerangan. Hhaaa... tentulah hamba kenal. Tapi kenal begitu-begitu, setelah sesekali bersua muka, balas hamba. Padahal rakan yang dia maksudkan pernah menjadi sahabat baik hamba, hanya kebelakangan ini si gerangan terlalu sibuk dengan hal peribadinya dan hamba juga sudah mula menjauhi daripada ditakluki dunia fb! Apa lagi, mulalah si gadis mengeluarkan jarumnya sedikit demi sedikit. dan hamba pula bertindak seperti seorang 'bahlul'. (jangan salah sangka ye, dari sejarahnya di tanah arab, Bahlul merupakan nama seorang pemuda yang bijak pandai, hingga menjadi 'icon' bagi masyarakat arab sezaman itu. Orang tua dulu-dulu sudah silap menyampaikan konsep kehebatan 'bahlul' kepada anak cucu hingga berubah maknanya menjadi 'orang tolol'!)
Baru beberapa minit berkenalan, percayakah anda apabila si gadis mulai menfitnah sahabat hamba dan menjelek-jelekkan perangai beliau. Padahal, sahabat hamba itu katanya saudara dia juga dari sebelah ibunya. Astaghfirullah hal azim, tak mudah hamba mempercayainya. Saat itu hamba berasa seperti berada di tengah belantara berhadapan dengan seekor binatang buas dan hamba yang daif ini cuba menjinakkannya. Dengan tutur kata sehemah mungkin dan untuk tidak menambah dosa si gadis kerana ghairah memfitnah dan mengaibkan orang, hamba pun mohon diri untuk beradu setelah membariskan beberapan pesanan Rasullullah saw untuk Aisyah, isteri baginda buat peringatan beliau. Sementelah, jarum jam menunjukkan hampir pukul 1.
Demi Allah swt, bukan untuk memutuskan silaturahim tapi demi kebaikan bersama, hamba terpaksa memblok anda (si gadis). Maafkan hamba.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment