Sunday, 9 December 2012

Pernah dari celah pintu  musim kecil, kudengar ibu bercerita tentang burung cenderawasih. Kata ibu, bukan mudah untuk melihat burung ini, apatah lagi hendak mendekatinya. Hanya orang terpilih, putera atau puteri raja sahaja yang boleh berjumpa burung cantik ini. Benarkah? 

Alhamdulillah, Allah mengizinkan aku bermain dengan margasatwa ini. Di taman cenderawasih, aku terharu dikerumuni pelbagai jenis burung, dan ini termasuk beberapa ekor si cantik  kuning cenderawasih! Alahai, cemas juga bila jari2 berinaiku seperti mahu dipagut oleh burung-burung itu. Bahkan si cantik cenderawasih mengintai-intai jemariku, kuning menyala sangkanya makanan yang menggoda. Hhee...aku insan terpilih! Benarkah, ibu????

Dan akhirnya, saat meninggalkan taman itu, tak terlangkah kakiku apabila burung-burung itu berkeciau bising seolah-olah tidak mahu aku meninggalkan taman itu. Subhanallah... cantiknya.

No comments:

Post a Comment