PENERIMA ANUGERAH PENGHARGAAN KLWBC KATEGORI KUMPULAN PUISI BERJUDUL KETIKA ISYARAT (TAHUN 2020).
Friday, 22 September 2023
Monday, 11 September 2023
Perjalanan Maknawi
BIODATA PENULIS
Penulis merupakan anak kelahiran
negeri Perak yang berasal dari Teluk Intan. Beliau memperoleh Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia, pernah mengikuti Pengajian Seni Kreatif (Kesusasteraan) Universiti
Sains Malaysia tahun 1983/1984 di bawah bimbingan SN Dato Dr Emeritus Shahnon
Ahmad, Dr Fatimah Busu, Dr Ali Ahmad (Alis Murni) dan Dr Noriah Taslim. Beliau
pernah menjadi editor di Teks Publishing / Singamal Publishing (1985 – 1989 ).
Editor di Marwilis Publisher ( 1990 – 1994 ), Free Lance Editor bagi Flo Enterprise,
Penerbit Karyawan, Penerbit S. Abdul Majeed dan Penerbitan Murni. Mula menulis
di usia 17 tahun, setelah menjuarai sayembara kritik sastera peringkat
sekolah-sekolah menengah Teluk Intan.
Antara karya yang telah diterbitkan ialah:
Kumpulan cerpen perseorangan 'Malam Seribu Malam' (Teks
Publishing,1989)
Kumpulan puisi perseorangan ...dari HITAMPUTIH MENJADI ZARAH (2011)
diterbitkan oleh I-Man Creative, Melaka. Kumpulan ini telah mendapat
penghargaan oleh Himpunan Pengarang Indonesia (AKSARA), dibicara dan
dilancarkan di Pusat Dokumentasi HB Jasin, Taman Ismail Marzuki, Jakarta pada
Oktober 2011. Pembicara Drs Handoko F Zainsam.
Kumpulan puisi perseorangan Kembali Kepada Fitrah (ITBM, Kuala
Lumpur; 2014). Kumpulan puisi ini telah diperkatakan oleh beberapa orang
peneliti sastera antaranya: Dr Free Hearty (Jakarta), Djazlam Zainal (penggiat
sastera), Dr Shamsuddin Othman (UPM), Sdr Syarifuddin Ariffin (Padang,
Sumatera), Sdr Chai Loon Guan (penggiat sastera) dan Dato Dr Rahman Shaari
(penggiat sastera).
Kumpulan puisi 10 Perempuan Indonesia – Malaysia(ITBM/YPOI, Kuala
Lumpur, 2014). Telah dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (2014),
Senayan, Jakarta oleh Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Dilancarkan juga di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 oleh Perwakilan
Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Buku ini turut dibicarakan oleh dua orang
sarjana sastera Dr Saleeh Rahamad dan Dr Sapardi Joko Damono di Jakarta.
Kumpulan puisi perseorangan Daun nan Bercinta (ITBM, Kuala Lumpur,
2016). Telah diberi pengantar oleh Prof Madya Dr Arbak Othman dan dibicarakan
secara panjang lebar. Buku ini juga telah dilancarkan oleh Gabenar Aceh Dr
Zaini Abdullah di Anjung Mon Mata, Banda Aceh bersama 27 kumpulan puisi penyair
dari 8 negara pada 15 Julai 2016, dan seterusnya Daun nan Bercinta dibicarakan
dalam kajian sastera bandingan bersama kumpulan puisi Bayang Ibu,
De Kemalawati oleh pengkritik Indonesia Bapak Maman S Mahayana. Kumpulan puisi
ini juga turut dibahaskan oleh pengkritik Sdr Mohammad Shahidan (DBP) dalam
sesi bedah karya bertajuk Daun Nan Bercinta dalam Bacaan Semiotik pada Pulara
8, 2017.
Kumpulan puisi perseorangan Ketika Nur (UTeM, Melaka, 2020.)
Kumpulan puisi perseorangan Ketika Isyarat (PENA< Kuala Lumpur, 2021)
Antologi cerpen 'Mannequin' (Kerajaan Negeri Selangor, 1986)
Antologi puisi 'Temoh Tasik Kenangan' (Karyawan
Perak, 2010)
Antologi puisi 'Kampung Warisan' (PAKSI
2010)
Antologi puisi 'KEMALA - Meditasi Dampak
70' (Insandi, 2011)
Antologi puisi Akulah Musi (Pertemuan
Penyair Nusantara V, 2011)
Antologi puisi Menyirat Cinta Haqiqi (Insandi,
2012)
Antologi puisi Sinar Sidiq (Bahasa,
2012).
Kumpulan karya Titie Said In Memorium (AKSARA,
Jakarta 2011)
Antologi cerpen Cerita Etnik 5 Negara (Wohai,
Jakarta; 2013)
Antologi Puisi Risalah Melayu Nun
Serumpun (Persatuan Sasterawan Numera Malaysia,2014)
Antologi puisi Segugus Pasrah Buatmu (PENTAS,
2014)
Antologi puisi Nyala Api Dalam Dada (ITBM,
2014)
Antologi puisi Lata Kinjang (Karyawan
Pk, 2014)
Antologi puisi PUISI PANGKOR 4
(Kg Karyawan Malim, 2014)
Antologi puisi 100 Penyair
Indonesia/Malaysia (Temu Sastera Ina – Malaysia. 2016)
Antologi puisi ISTIQAMAH BAHASA (IBH
Khidmat, 2016)
Antologi puisi CAKAR NANAR (2016)
Antologi puisi Titis Darah Kanang
(DBP, 2016)
Antologi puisi Pasie Karam (Dewan
Kesenian Aceh Barat, 2016)
Antologi puisi Malaysia-Thailand (ITBM,
2016)
Antologi puisi Pelangi Merentasi Benua (Pertemuan
Penyair India - Asean, 2017)
Antologi puisi Merdeka Jiwa (Penyair,
2017)
Antologi puisi Menembus Arus Menyelami
Aceh (LAPENA, Aceh, 2018)
Antologi puisi PUISI
PANGKOR 8 (Kg Karyawan Malim, 2018)
Penyelenggara antologi puisi PUISI
PANGKOR 5 (Kg Karyawan Malim, 2015)
Penyelenggara antologi puisi PUISI PANGKOR
6 (Kg Karyawan Malim, 2016)
Penyelenggara antologi puisi Suara Dari
Lembah Tempurung(Kg Karyawan Malim, 2017)
Penyelenggara antologi puisi PUISI
PANGKOR 7 (Kg Karyawan Malim, 2017)
Penyelenggara
antologi puisi Puisi Pangkor 9 (
Anugerah yang Diperoleh
1980 - Pemenang tempat pertama Sayembara Cerpen PENTAS – cerpen Nenek
Utih
1986 - Pemenang hadiah utama Sayembara Cerpen
anjuran Kerajaan Negeri Selangor – cerpen Matahari Kian Rembang
2014 - Pemenang Hadiah Utama Anugerah Puisi
Dunia NUMERA -- puisi Risalah Melayu
2014 – Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia
(HSPM) 2013 – cerpen Istana Cindai
2014 – Pemenang Hadiah Sastera Darul Ridzuan
(HSDR) 2012/2013 – cerpen Istana Cindai
2018 - Pemenang Hadiah
Sastera Darul Ridzuan (HSDR) 2016/2017 – kumpulan puisi Daun nan Bercinta
2020 – Pemenang Hadiah Penghargaan KLWBC kategori kumpulan puisi – kumpulan
puisi Ketika Isyarat
2021 – Pemenang Anugerah Persuratan Selatan kategori kumpulan puisi (DBP
Selatan) – kump puisi Ketika Nur
Catatan Tambahan
Kumpulan puisi Kembali kepada Fitrah merupakan
antara empat buah kumpulan puisi finalis
bagi tahun 2014 di bawah penilaian panel khas Hadiah Sastera Malaysia 2015.
Tiga buah puisi beliau berjudul Pisau dan Darah, Suara ii dan Sepercik
Ombak telah dimelodikan, dinyanyikan dan diterbitkan oleh komposer
Ahmad Ramli.
Saturday, 22 May 2021
Kumpulan Puisi Ketika Nur
Terbitan UTeM 2020
Rm20
Penerima Anugerah Persuratan Selatan 2021
bagi kategori kumpulan puisi terbaik.
Ketika Nur merupakan kumpulan puisi yang meneruskan kelangsungan hayat puisi
dan kepenyairan Rosmiaty Shaari, seorang penyair wanita mapan di negara ini.
Kelangsungan hayat puisi di tangan penyair ini dibuktikan dengan prolifiknya
penulisan beliau, yang sebelumnya telah menerbitkan kumpulan puisi Dari Hitamputih Menjadi Zarah (2010), Kembali Kepada Fitrah (2014), dan Daun Nan Bercinta (2016). Pengarapan
dan penampilan puisi di tangan penyair ini dilihat berbeza daripada kebanyakan
rakan penyair wanita yang seangkatan dengannya atau sebelumnya. Kelainan
tersebut dapat dikesan pada kecenderungan subjek kerohanian dan gaya
persembahan (termasuk bahasa) dalam kebanyakan puisi penyair ini. Dari segi subjek, Ketika Nur mengajak pembaca menghayati keindahan puisi-puisi yang
menancap sukma, sekali gus mendorong perenungan terhadap pengungkapan bersifat
harafiah dan tersirat, dalam menyerlahkan intipati keseluruhan maksud hubungan
manusia berbentuk vertikal (habblun
minallah) dan berbentuk horizontal (habblun
minannas). Hampir seluruh ungkapan makna puisi dalam Ketika Nur menyerlahkan ciri-ciri kerohanian yang mendorong ke arah
peningkatan sahsiah, pemenuhan fana dengan hakikat atau realiti mutlak,
pengetahuan intuitif langsung, dan menumbuhkan rasa kebahagiaan sebagai
kurniaan Allah, sekali gus mendorong manusia berkeperibadian tinggi, berakhlak
mulia, serta mendekatkan diri kepada
Tuhan. Di samping itu, kebanyakan puisi dalam kumpulan ini juga amat menjaga
susun atur larik, kesegaran pemilihan kata, dan penyusunan rangkap, di samping
memelihara kehalusan seluruh pengucapannya. Hakikat ini membenarkan takrifan
puisi oleh Samuel Taylor Coleridge bahawa puisi itu ialah the best words in their best order (kata-kata terbaik dalam susunan
yang terbaik).
Prof Madya Dr. Norhayati Ab.Rahman
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
Sunday, 8 September 2019
Seputar ASN 14
Monday, 25 February 2019
Sunday, 16 December 2018
PEMENANG HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN 2016/2017 - PULARA 2018 (kategori kumpulan puisi)
hanya seorang menyanggahi
seratus membenamkan ke akar bumi
hanya seorang tak mampu mengapungkannya
ke langit lazuardi
cinta telah bertukar serupa bintang
berkerdip di langit menjadi lazuardi di nurani
pintu pun terbuka seluas kelam
malam melebar sayap
menadah cinta yang pulang
dunianya telah hilang
lampu dari menara tinggi
karena dibawahnya orang kian mabuk
dan Tuhan sudah mati.
nyalaan mentari di Yaumil Mahsyar
sejengkal dari dosa
manusia pun ketawa
sehabis suara
menggelepar
oleh sengsara