Monday, 2 June 2014

maghfirullah...

Kesedihan kadang-kadang tak terungkapkan. Apabila kita mencari perkongsian fikiran, jawapan yang sering kita terima - kita perlu banyak bersabar, berzikir dan istighfar kepada Allah swt.

Ya, memberi pandangan dan nasihat memang mudah. Memberi ayat dan doa juga mudah. Memberi contoh dan tauladan juga mudah. Melaksanakan juga, bagi sesetengahnya mudah. Akan tetapi titik kesedihan itu terlalu seni, terlalu rumit, menarik-narik urat saraf menjadi nyeri sekalian urat nadi.

Membaca ayat, membaca doa apatah lagi meletakkan dahi ke sajadah dengan khusyuk dan tawaduk, kesedihan itu semakin menghiris-hiris, ngilu. Biarpun airmata adalah janji paling murni untuk hikmah terpuji...  Lahawlawala quwwataillabillahi...

Monday, 12 May 2014

Catatan Peribadi

duduk-duduk di KFc menatap ayam goreng tergolek tanpa bulu tetapi bumbunya berbau aroma bulu-bulu roman terjajah, manis dengan kata-kata menyembunyikan sejarah resam kita. lalu anak-anak kita pun berebut-rebut, mencecap maksud kemajuan dengan meninggalkan keindahan . terkenang atuk mencabut bulu-bulu ayam di tepi perigi, 'ini pelepah yang membawaku terbang tinggi' - meskipun paling tinggi melepasi pohon keladi, pelepah ini tetap menulis kalam puja dan puji - menterjemah keindahan maknawi. kini, kemanisan resam telah disedut ke dalam perut ayam KFc, sehingga anak-anak muntah menikmati....

Sunday, 27 April 2014

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, hamba terima umpat keji manusiawi dengan rendah hati. Hamba terima segala fitnah dengan rasa maafi, bahawa sifat insani mudah lemah oleh pujukan nafsu nafsi. Kuncikanlah mulut hamba, kuncikanlah nurani hamba daripada melihat kekejian dengan amarah api. Senyumkanlah hati hamba yang pilu ini. Dan raikanlah diri hamba, bahawa semua ini adalah kerana ujian kasih sayangMu, ya Rabb untuk sesuatu hikmah yang paling  didambai...  Amin, amin ya rabbal alamin...

28 April 2014

portal al-azim

http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/index.php