Tuesday 12 July 2016

BIODATA ROSMIATY SHAARI


Anak kelahiran negeri Perak ini berasal dari Teluk Intan memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, pernah mengikuti Pengajian Seni Kreatif (Kesusasteraan) di Universiti Sains Malaysia tahun 1983 / 1984 di bawah bimbingan SN Dato Dr Emeritus Shahnon Ahmad, Dr Fatimah Busu, Dr Ali Ahmad (Alis Murni) dan Dr Noriah Taslim. Beliau pernah menjadi editor di Teks Publishing / Singamal Publishing (1985 – 1989 ). Editor di Marwilis Publisher ( 1990 – 1994 ), Free Lance Editor bagi Flo Enterprise, Penerbit Karyawan, Penerbit S. Abdul Majeed, Penerbitan Murni dan masih menjadi editor bebas hingga kini. Mula menulis di usia 17 tahun, setelah menjuarai sayembara kritik sastera peringkat sekolah-sekolah Teluk Intan.

KARYA YANG TELAH DITERBITKAN

Antara karya yang telah diterbitkan dan dibicarakan ialah­:

Kumpulan cerpen perseorangan 'Malam Seribu Malam' (Teks Publishing,1989)

Kumpulan puisi perseorangan  ...dari HITAMPUTIH MENJADI ZARAH (2011) diterbitkan oleh I-Man Creative, Melaka. Kumpulan ini telah mendapat penghargaan oleh Himpunan Pengarang Indonesia (AKSARA), dibicara dan dilancarkan di Pusat Dokumentasi HB Jasin, Taman Ismail Marzuki, Jakarta pada Oktober 2011. Pembicara Drs Handoko F Zainsam.

Kumpulan puisi perseorangan Kembali Kepada Fitrah (ITBM, Kuala Lumpur; 2014). Kumpulan puisi ini telah diperkatakan oleh beberapa orang peneliti sastera antaranya: Dr Free Hearty (Jakarta), Djazlam Zainal (penggiat sastera),  Dr Shamsuddin Othman (UPM), Sdr Syarifuddin Ariffin (Padang, Sumatera), Sdr Chai Loon Guan (penggiat sastera) dan Dato Dr Rahman Shaari (penggiat sastera).

Kumpulan puisi 10 Perempuan Indonesia – Malaysia (ITBM/YPOI, Kuala Lumpur, 2014). Telah dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (2014), Senayan, Jakarta oleh Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Jakarta. Dilancarkan juga di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 oleh Perwakilan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Buku ini turut dibicarakan oleh dua orang sarjana sastera Dr Saleeh Rahamad dan Dr Sapardi Joko Damono di Jakarta.

Kumpulan puisi perseorangan Daun nan Bercinta (ITBM, Kuala Lumpur, 2016). Telah diberi pengantar oleh Prof Madya Dr Arbak Othman dan dibicarakan secara panjang lebar. Buku ini juga telah dilancarkan oleh Gabenar Aceh Dr Zaini Abdullah di Anjung Mon Mata, Banda Aceh bersama 27 kumpulan puisi penyair dari 8 negara pada 15 Julai 2016, dan seterusnya Daun nan Bercinta dibicarakan dalam kajian sastera bandingan bersama kumpulan puisi Bayang Ibu, De Kemalawati oleh pengkritik Indonesia Bapak Maman S Mahayana. Kumpulan puisi ini juga turut dibahaskan oleh pengkritik Sdr Mohammad Shahidan (DBP) dalam sesi bedah karya bertajuk Daun Nan Bercinta dalam Bacaan Semiotik pada Pulara 8, 2017.

Kumpulan puisi perseorangan Ketika Nur (UTeM, Melaka, 2020), telah diberi pengantar oleh Saudara Djazlam Zainal dan catatan oleh Prof Madya Dr Norhayati Abdul Rahman.

Antologi cerpen 'Mannequin' (Kerajaan Negeri Selangor, 1986)
Antologi puisi 'Temoh Tasik Kenangan' (Karyawan Perak, 2010)
Antologi puisi 'Kampung Warisan' (PAKSI 2010)
Antologi puisi 'KEMALA - Meditasi Dampak 70' (Insandi, 2011)
Antologi puisi Akulah Musi (Pertemuan Penyair Nusantara V, 2011)
Antologi puisi Menyirat Cinta Haqiqi (Insandi, 2012)
Antologi puisi Sinar Sidiq (Bahasa, 2012).
Kumpulan karya Titie Said In Memorium (AKSARA, Jakarta 2011)
Antologi cerpen Cerita Etnik 5 Negara (Wohai, Jakarta; 2013)
Antologi Puisi Risalah Melayu Nun Serumpun (Persatuan Sasterawan Numera Malaysia,2014)
Antologi puisi Segugus Pasrah Buatmu (PENTAS, 2014)
Antologi puisi Nyala Api Dalam Dada (ITBM, 2014)
Antologi puisi Lata Kinjang (Karyawan Pk, 2014)
Antologi puisi PUISI PANGKOR 4 (Kg Karyawan Malim, 2014)
Antologi puisi 100 Penyair Indonesia/Malaysia (Temu Sastera Ina – Malaysia. 2015)
Antologi puisi ISTIQAMAH BAHASA (IBH Khidmat, 2016)
Antologi puisi CAKAR NANAR (2016)
Antologi puisi Titis Darah Kanang   (DBP, 2016)
Antologi puisi Pasie Karam (Dewan Kesenian Aceh Barat, 2016)
Antologi puisi Malaysia-Thailand (ITBM, 2016)
Antologi puisi Pelangi Merentasi Benua (Pertemuan Penyair India - Asean, 2017)
Antologi puisi Merdeka Jiwa (Penyair, 2017)
Antologi puisi Menembus Arus Menyelami Aceh (LAPENA, Aceh, 2018)
Antologi puisi Apitaf Kota Hujan (Dinas Perpustakaan & Kearsipan Padang Panjang, 2018)
Penyelenggara antologi puisi PUISI PANGKOR 5 (Kg Karyawan Malim, 2015)
Penyelenggara antologi puisi PUISI PANGKOR 6 (Kg Karyawan Malim, 2016)
Penyelenggara antologi puisi Suara Dari Lembah Tempurung (Kg Karyawan Malim, 2017)
Penyelenggara antologi puisi PUISI PANGKOR 7 (Kg Karyawan Malim, 2017)
Antologi puisi-puisi Merdeka - DANDANI LUKA-LUKA TANAHAIR (NUMERA, 2020)



ANUGERAH  

1980 - Pemenang tempat pertama Sayembara Cerpen PENTAS – cerpen Nenek Utih
1986 - Pemenang hadiah utama Sayembara Cerpen anjuran Kerajaan Negeri Selangor – cerpen Matahari Kian Rembang
2014 - Pemenang Hadiah Utama Anugerah Puisi Dunia NUMERA -- puisi Risalah Melayu
2014 – Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013 – cerpen Istana Cindai
2014 – Pemenang Hadiah Sastera Darul Ridzuan (HSDR) 2012/2013 – cerpen Istana Cindai
2018 - Pemenang Hadiah Sastera Darul Ridzuan (HSDR) 2016/2017 - kumpulan puisi Daun Nan Bercinta

Catatan Tambahan:


Kumpulan puisi Kembali kepada Fitrah merupakan antara empat buah kumpulan puisi terbaik bagi tahun 2014 di bawah penilaian panel khas Hadiah Sastera Malaysia 2015, dan kini menjadi teks kajian mahasiswa di Universiti Sabah Malaysia.

Tiga buah puisi beliau berjudul Pisau dan Darah, Suara ii dan Sepercik Ombak telah dimelodikan dan dinyanyikan oleh komposer Ahmad Ramli.

No comments:

Post a Comment