|
Foto Kenangan Bersama |
|
Penyair Djazlam Zainal Membaca Puisi Pemenang Utama BISIK BATIK Syafik Said |
|
SN Dato' Dr Kemala Mengiringi Dato' Dr Awang Sariyan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Menyempurnakan Gimik Penyingkapan Pengumumam Nama-nama Pemenang Utama |
|
Encik Basri Abdullah, Pemenang Utama Dengan Puisinya ISYIQ II |
|
SN Dato' Dr Kemala, Presiden Numera |
|
Hamba Yang Dhoif Dengan RISALAH MELAYU
RISALAH MELAYU
(gemilanglah mewarnai sejarah
jangan tanggalkan warna labah-labah - andai itu sumpah Melayu
mengua-hira'lah dalam genggamanmu, tuan!)
peribadi...
tujuk lok bersidi sakti
membayangi tujuh hijap pintu tajalli
ini amanah para moyang di rantau pendeta
berabad terpelihara - masihkah ikhtilaf terjarak, wahai?
hitam mengalir di puisi
putih dikafani mati
panas meruap di tulang negeri
entah berapa kali kita terbunuh mati!
titian...
'hablumminallah wa hablumminannas...' -
merah malam ziarah
merah darah di mata hikmah
panahlah belahan bulan
numera teguh dalam ikatan!
martabat...
ini daerah selalu dicumbu
dari daerah Melayuku paling ungu
titik yang sering terusik
detik yang terus berdetik
sejarah di mata pending -
siapa perawi?
lok tujuh sempana keris - bisik Tuah bestari
Melayu tak hilang
Islam ditatang
tidak kan lidah mengingkari besi
tetap iman menunjangi isi...
amanah...
ini janji pertama
ke liang fikir
paling getir!
Allahuakbar...!
September 2013
|
Risalah Melayu:
Rosmiaty Shaari berjaya mengungkapkan Kemelayuan baru, agar Melayu tidak hilang begitu sahaja dengan semangat yang naif. Dia membaca sejarah bangsanya yang panjang. Dia mahu mencipta tamadun namun 'jangan tanggalkan warna labah-labah', maknanya siratan labah-labah itu membawa alegori tekun dan unik dalam perjuangannya. Oleh kerana Melayu itu tidak dapat dipisahkan dari maknawi Islami, maka arifilah jihad Rasullullah selama bermunajat di Gua Hira 'menggua-hira'lah..', katanya.
Dia juga memaknakan 'peribadi', 'titian', dan martabat'. Dia sampai kepada angka majis Melayu-Islami 'tujuh lok bersidi sakti/ membayangi tujuh hijap pintu tajalli' dalam genggamannya tidak terberai 'amanah moyang di rantau pendeta' tetap padu walaupun banyak cabaran yang dihadapi oleh Melayu di Numera, hitam dan putih bukan sekadar warna mati tetapi 'hitam mengalir di puisi/ putih dikafani mati' meruap di sana sini bangun dan jatuh di tulang negeri... dan ada yang 'terbunuh mati'. Perjuangan itu tetaplah 'merah darah di mata hikmah' dan katanya, 'panahlah belahan bulan' dengan penuh dinamik. Tetapi penyair tetap terus bertanya, 'sejarah di mata pending/ siapa perawi?' agar 'Melayu tak hilang/ Islam ditatang' demikian dia menginsafi Ilahi saja yang akan melindungi.
- LAPORAN PANEL HAKIM
No comments:
Post a Comment