- Siti Zainon Ismail
Sarungi Hijab Jiwamu
*buat saudaraku Ra Shin
Sekali nyilu nibung menancap ke hati
Kesakitan itu bukan buatmu, saudaraku
Biarkan si penikam kalbu iri
*buat saudaraku Ra Shin
Sekali nyilu nibung menancap ke hati
Kesakitan itu bukan buatmu, saudaraku
Biarkan si penikam kalbu iri
Dialah yg tersiksa
Dibaluti rusuh hati
Menancap ke kening
Kepalsuan senyuman
Bertahun diheret
Dlm Jelingan dan usik tutur.
Syukurilah
Kerana UjianNya
Silih berganti mendung awan
Sehingga senja teja
Menggulung segala rusuh
Menikam diri si kalbu iri
Ditancap nyilu nibung
hunjamannya sendiri!
Selepas uji
Usik keji
Kau dikerling
Harum serai wangi!
Dibaluti rusuh hati
Menancap ke kening
Kepalsuan senyuman
Bertahun diheret
Dlm Jelingan dan usik tutur.
Syukurilah
Kerana UjianNya
Silih berganti mendung awan
Sehingga senja teja
Menggulung segala rusuh
Menikam diri si kalbu iri
Ditancap nyilu nibung
hunjamannya sendiri!
Selepas uji
Usik keji
Kau dikerling
Harum serai wangi!
No comments:
Post a Comment