Thursday 17 May 2012

Rintih Lili putih ini


Rintih Lili putih ini

Ya angin malam
kau bawa resah seorang isteri
bila puisinya bernyanyi
tidak bersambut bisikan suami.
...
Dia hanya pecahan bulan
bila org tersayang
bermain awan
di langit buana terbentang.

Terdengar usik cinta
dlm bait puisi lelaki
tapi bukan utkmu
kau lili putih
benar juraimu kerap layu
tanpa mereka sedari
kau utuh wangi.

Di nubari rindu
juraimu tumbuh baru
setiap hujan mencandaimu.
jangan sakiti kelopak hati
matahari tetap tersenyum
biarkan mereka dijaring alpa
kau harus segar
dgn jurai uji
kesakitan batin
nikmati berzaman
bumi dizalimi
kerana perempuan
tak sekali
memungkiri kasih
anak dan suami.






Siti Zainon Ismail
13 Mei 2012

No comments:

Post a Comment