Sunday, 27 April 2014

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, hamba terima umpat keji manusiawi dengan rendah hati. Hamba terima segala fitnah dengan rasa maafi, bahawa sifat insani mudah lemah oleh pujukan nafsu nafsi. Kuncikanlah mulut hamba, kuncikanlah nurani hamba daripada melihat kekejian dengan amarah api. Senyumkanlah hati hamba yang pilu ini. Dan raikanlah diri hamba, bahawa semua ini adalah kerana ujian kasih sayangMu, ya Rabb untuk sesuatu hikmah yang paling  didambai...  Amin, amin ya rabbal alamin...

28 April 2014

portal al-azim

http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/index.php

Thursday, 30 January 2014

MENERPA ANGIN MALAM

MENERPA ANGIN MALAM ( buat rosmiaty )

Djazlam Zainal


ini lelaki dalam busa kata
menebar aksara seluas mega jingga
menyusur lembah-lembah nestapa
dan kolam-kolam yang kering airnya

seperti angin kering yang menebarkan jaring
tangan tergapai dan suara terjuring
setimpas air hujan
dan selokan-selokan yang basah
tempat larian anak-anak angsa

ini lelaki yang payah memaknakan
matahari yang terbelah dua
dan bintang yang terjuring kerlip cahaya
sosok yang semakin mengiring
pandangan yang semakin samar
lambaian yang tak pernah kenal erti kalah
sering terbatas arah

seperti rinai kabut yang hilang
sewarna dan sebayang dengan kehibaan

28 rabiulawal 1435/ 30 januari 2014