Thursday, 23 February 2012

catatan ()

darah yang mengalir bukan tun teja
ini kekuatan semangat hawa
sireh tidak lagi disantau pelupa
sireh junjungan kasih setia

catatan ()

kau lokan
yang menyimpan kilauan mutiara
membenam diri jauh ke dasar
sampai waktu
kau terbuka apabila mutiara meminta -
ini cahaya
kupulangkan kepada lautan yang gelita

Friday, 10 February 2012

catatan ()

kau biarkan aku mengalir ke lautan takdir
setelah kau begitu asyik memancing buih
aku yang semakin jauh meninggalkan
semakin hilang dari pandangan
semakin hilang dari ingatan...

10022012

Friday, 3 February 2012

catatan ()

kaupun menjadi sehelai daun
yang tergantung
menadah bilah-bilah jarum
yang menikam hukum
ke pangkal jantung
basah
ke dalam

(dari dalam, kau diam kerana tahu apa itu Iradah.. )

03022012

catatan ()

langkah
langkahlah dengan ucap pertama
bismilLahiRahmanirRahim
semoga barakah
pergi dan kembali

pimpin
pimpinlah dia, ya ayuhai
dengan kelembutan asmaMu, Allahu Rabbi.

02022012

catatan ()

berapa keping kelopak yang kaudapat
sesudah sisa dari bunga-bunga untuk mereka
meninggalkan haruman yang sedikit
itu kauhela juga
dengan rela
sehingga mewangi pangkal hatimu
meskipun mencair di airmatamu...

01022011

Monday, 16 January 2012

catatan ()

ke mana hilangnya percakapan burung,
yang setiap pagi meninjat-ninjat ranting qalbuku?
sunyi yang menyelimuti
angin yang tiba-tiba terhenti
seakan satu peringatan -
tiada lagi yang menyinggahkan waktu
kecuali dhuhamu sudah tumbuh
merimbun di dalam qalbumu...