Wednesday 14 November 2012

HIJRAH NURANI


Ya Allah, Engkau semarakkanlah semangat hijrah dalam diri ini, untukku berhijrah ke arah kebaikan sepertimana Engkau gerakkan hati NabiMu dan sahabat-sahabatnya. Aku yakin dan percaya bahawa dengan berhijrah sahajalah ku dapat membina kecemerlangan dan kegemilangan.

Justeru Ya Allah, perkuatkanlah tekad dan azamku untuk terus berjuang dan berkorban ke arah memartabatkan ummah dan negara.

Ya Allah, hijrahkanlah hati, amalan dan fikiranku ke arah kebaikan, hijrahkanlahku dari maksiat kepada taubat dan keinsafan. Hijrahkanlah aku dari kufur kepada bersyukur, hijrahkanlah aku dari jahil kepada berilmu dan hijrahkanlah aku daripada sifat mazmumah kepada sifat mahmudah mengikut petunjuk dan pimpinanMu Ya Allah.......ameen.  -JIWA HAMBA

No comments:

Post a Comment